1.    SYARAT DAN PERATURAN

a.    Sila baca dan fahami isi kandungan Perjanjian Stokis / Agen ini dengan teliti.

b.    Sila pastikan anda menulis segala butiran yang diperlukan dalam borang permohonan dengan jelas dan betul.  Sekiranya anda didapati memberikan maklumat yang palsu, pihak pengurusan berhak menolak permohonan anda tanpa sebarang alasan.

c.    Semua stokis / agen dikenakan Yuran Pendaftaran sebanyak RM20.00 seumur hidup untuk Kad Ahli.

d.    Semua Super Stokis diwajibkan membuat pembelian / pembelian ulangan di Ibu Pejabat Wonder Glow Cosmetics sahaja.

e.    Stokis / agen juga diwajibkan menyediakan 2 keping gambar paspot dan salinan Kad Pengenalan untuk permohonan Kad Ahli.

f.    Setiap pembelian adalah tunai dan Resit Pembelian perlu dihantar ke Ibu Pejabat Wonder Glow Cosmetics sebagai bukti pembelian untuk mengesahkan perlantikan.

g.    Pasangan suami isteri boleh bergabung untuk menjadi stokis / agen tetapi Kad Ahli hanya dibuat untuk satu penama sahaja.

h.    Hak Pengedaran tidak boleh ditukar milik tanpa kelulusan dari WONDER GLOW COSMETICS.  Contoh : Sekiranya anda ingin menutup premis perniagaan anda dan menjual premis tersebut kepada orang lain, secara automatik hak dan status anda sebagai pengedar Wakil Jualan Wonder Glow Cosmetics juga akan terbatal dan tidak boleh dijual kepada orang yang membeli premis anda.

2.    PEMULANGAN BARANGAN

a.    Pemulangan Barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak akibat pengilangan sahaja.

b.    Anda dikehendaki memulangkan barangan yang rosak berserta dengan salinan resit pembelian sebagai bukti.

c.    Pihak pengurusan  tidak akan bertanggungjawap ke atas barangan yang rosak akibat daripada bencana alam seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya.

3.    PERTUKARAN BARANGAN

a.    Pertukaran barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak sahaja dan hanya boleh dibuat dalam masa 3 hari dari tarikh invoice.

b.    Barangan berbentuk set yang telah rosak jika telah dibuka dan diasingkan daripada set, tidak boleh ditukar.  Anda mesti mengembalikan set tersebut secara lengkap.

c.    Anda dikehendaki menyertakan salinan resit pembelian sebagai bukti pembelian.

d.    Jumlah nilai barangan pertukaran mestilah tidak melebihi nilai barangan yang ditukar atau pelanggan mesti membayar nilai lebihan tersebut.
e.    Kredit anda akan dinyatakan di dalam invoice yang seterusnya.

f.    Barangan yang mempunyai tarikh luput hendaklah dipulangkan 6 bulan sebelum tarikh luput yang tertera pada produk tersebut.  Jika anda memulangkan barang tersebut kurang dari 6 bulan atau telah melebihi tarikh luput, pihak Wonder Glow Cosmetics tidak akan menerima pemulangan tersebut.

g.    Barangan yang rosak ditangan anda tidak boleh dikembalikan kepada pihak kami kerana itu adalah dibawah tanggungjawap anda.

h.    Barangan keluaran terdahulu dan pek lama tidak akan diterima oleh pihak pengurusan Wonder Glow Cosmetics dan ia merupakan tanggungjawap anda untuk menghabiskan stok tersebut.

i.    Anda juga tidak dibenarkan menukar barangan Wonder Glow Cosmetics dengan barangan yang lain.  Walaubagaimanapun pertukaran barangan yang rosak atau “reject” semasa penghantaran dari pihak Ibu Pejabat dan masih dibenarkan dengan syarat tukar dengan barangan yang sama.

4.    PEMBAYARAN & PESANAN BARANGAN

a.    Semua stokis / agen diminta memberikan kerjasama sepenuhnya dalam urusan pembayaran.

b.    Semua pesanan barangan hanya akan diproses selepas pihak pengurusan menerima bayaran.

c.    Pembayaran boleh dibuat dimana-mana cawangan Maybank seperti berikut:

WONDER GLOW COSMETICS – MAYBANK ACC # : 5510 6130 1967

d.    Semua    pengesahan    pembayaran   hendaklah   dibuat  melalui   sistem  SMS  di  talian
016-799 5808. Sila nyatakan dengan lengkap nama, jumlah bayaran, tarikh, masa berserta dengan bukti pembayaran.

e.    Pihak pengurusan berhak menolak pesanan barangan tersebut sekiranya anda gagal mengemukakan bukti pembayaran.

f.    Pihak pengurusan hanya menerima Pemindahan Wang (Credit Transfer), Kemasukan Wang (Cash Deposit) dan kami TIDAK akan menerima Kemasukan Cek (Bank-in Cheque) daripada anda.

5.    PEMASARAN DAN PENGAWALAN HARGA PASARAN

a.    Wonder Glow Cosmetics mempunyai Jabatan Pemasaran & Pengawalan Harga yang akan memantau harga jualan yang dipasarkan oleh stokis / agen.

b.    Sekiranya pihak syarikat menerima laporan tentang sebarang aduan berkaitan perubahan harga pasaran produk Wonder Glow Cosmetics, juruaudit akan dihantar untuk meninjau keadaan tersebut tanpa sebarang notis pemberitahuan awal.

c.    Sekiranya perkara ini didapati berlaku, pihak syarikat berhak mengambil tindakan tegas dengan melucutkan status stokis berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pemasaran & Pengawalan Harga syarikat.

6.    PERLANTIKAN AGEN / OUTLET

a.    Semua stokis mestilah mendapatkan kebenaran dari Ibu Pejabat Wonder Glow Cosmetics sebelum melantik Agen / Outlet masing-masing.

b.    Pihak pengurusan Wonder Glow Cosmetics akan memantau dan mengenalpasti kawasan tersebut sebelum meluluskan permohonan bagi mengelakkan pertindihan sesebuah kawasan.

c.    Pastikan agen yang hendak dilantik menghadiri kursus dan menyerahkan Resit Pembelian Agen kepada Ibu Pejabat sebagai bukti pembelian sekiranya pembelian dibuat di bawah stokis.

7.    HAD KAWASAN

a.    Semua stokis hanya mempunyai hak ke atas kawasannya sendiri sahaja.

b.    Semua stokis tidak dibenarkan melanggar atau meceroboh kawasan stokis lain dengan merujuk kepada Syarat Perjanjian Stokis No. 5 (a) Perlantikan Agen / Outlet.

d.    Sekiranya perkara-perkara di atas didapati berlaku, pihak syarikat berhak mengambil tindakan tegas serta melucutkan status stokis / agen tersebut.

8.    DISIPLIN DAN SALAH LAKU

a.    Semua stokis adalah diingatkan supaya menjual Produk Wonder Glow Cosmetics mengikut harga pasaran yang telah ditetapkan.  Stokis / agen dilarang sama sekali menjual produk Wonder Glow Cosmetics samada melebihi atau kurang dari harga pasaran yang telah ditetapkan.

b.    Semua stokis / agen tidak dibenarkan mencampur adukkan mana-mana barangan Wonder Glow Cosmetics dengan jenama lain.

c.    Semua stokis / agen diingatkan supaya tidak memburuk-burukkan produk Wonder Glow Cosmetics dan tidak boleh membelakangkan cara pemakaian produk Wonder Glow Cosmetics.

d.    Sekiranya perkara-perkara di atas didapati berlaku, pihak pengurusan Wonder Glow Cosmetics berhak mengambil tindakan tegas serta melucutkan status stokis / agen tersebut.

9.    PERTUKARAN PRODUK WONDER GLOW COSMETICS DENGAN PRODUK-PRODUK LAIN

a.    Semua stokis / agen adalah dilarang sama sekali membuat pertukaran produk-produk keluaran Wonder Glow Cosmetics dengan mana-mana produk kecantikan dan / atau bukan produk kecantikan lain.

b.    Sekiranya perkara-perkara di atas didapati berlaku, pihak pengurusan Wonder Glow Cosmetics berhak mengambil tindakan tegas serta melucutkan status stokis / agen tersebut.

10.    PENILAIAN PRESTASI

a.    Setiap 3 bulan sekali, pihak pengurusan Wonder Glow Cosmetics akan menilai prestasi jualan stokis / agen.

b.    Sekiranya prestasi jualan tidak memuaskan atau stokis / agen tidak aktif sedangkan permintaan pelanggan adalah tinggi di kawasan tersebut, pihak pengurusan Wonder Glow Cosmetics berhak melantik stokis / agen yang baru tanpa merujuk kepada stokis / agen yang sedia ada.

c.    Stokis mestilah mempunyai daya kesungguhan dan daya usaha untuk melantik lebih ramai agen sekaligus dapat meningkatkan prestasi jualan.

d.    Sekiranya stokis tidak aktif dan tidak mencapai tahap yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Wonder Glow Cosmetics, kami akan menurunkan status stokis kepada agen.

11.    REKOD JUALAN PELANGGAN

a.    Semua stokis dikehendaki menghantar rekod jualan semua agennya kepada pihak pengurusan Wonder Glow Cosmetics setiap bulan dengan menggunakan Resit Pembelian Wakil Jualan Wonder Glow Cosmetics.

12.    INSENTIF

a.    Wonder Glow Cosmetics akan menilai prestasi jualan stokis dan akan menawarkan insentif berbentuk barangan atau percutian di dalam atau di luar Negara.

b.    Insentif ini bergantung kepada kedudukan kewangan Wonder Glow Cosmetics.

c.    Pihak pengurusan berhak mengubah, meminda, menukar dan membatalkan insentif ini pada bila-bila masa.

13.    PELANCARAN PRODUK BARU DAN PAKEJ PERMULAAN MENGIKUT MUSIM

a.    Stokis dan agen dinasihatkan agar peka dengan sebarang Perlancaran Produk Baru oleh Wonder Glow Cosmetics.

b.    Stokis diharapkan dapat memperkenalkan dan memasarkan produk-produk baru ini dipasaran dengan mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat daripada Ibu Pejabat Wonder Glow Cosmetics terlebih dahulu.

c.    Stokis wajib membuat pengambilan Pakej Permulaan yang akan dikeluarkan oleh pihak Ibu Pejabat setelah Notis Persediaan diedarkan kepada stokis.  Tempoh pengambilan Pakej Permulaan tersebut adalah dalam tempoh 2 minggu bermula dari tarikh pelancaran.

14.    SEMINAR, BENGKEL DAN KURSUS

a.    Semua stokis / agen diwajibkan mengikuti Kursus Asas Pengetahuan Produk & Kursus Perawatan Salon dan menandatangani perjanjian di Ibu Pejabat Wonder Glow Cosmetics di Kluang, Johor sebelum menjadi Wakil Jualan Wonder Glow Cosmetics.

b.    Jika gagal memenuhi syarat (a) di atas, pihak pengurusan Wonder Glow Cosmetics tidak akan mengiktiraf Wakil Jualan tersebut dan pihak kami berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas stokis tersebut.

c.    Kursus ini hanya diberi atas nama stokis sahaja dengan bayaran sebanyak RM100.00 sahaja.

d.    Sekiranya stokis ingin menghantar wakil atau pembantu, bayaran sebanyak RM50.00 seorang akan dikenakan.

e.    Sijil akan diberikan setelah tamat kursus atau setelah dinilai dari segi pencapaian.

f.    Stokis disyorkan membeli Pek Salon sebelum mengikuti kursus.  Semua peralatan dan barangan salon boleh didapati di Wonder Glow Cosmetics.

g.    Sekiranya stokis ingin mengadakan sebarang bengkel kecantikan atau promosi, pihak pengurusan sedia menawarkan khidmat nasihat dan bantuan.

h.    Sila maklumkan sebulan sebelum tarikh bengkel atau seminar akan diadakan.

i.    Stokis diwajibkan membeli poster atau banner, beg kertas dan beg plastic Wonder Glow Cosmetics untuk tujuan promosi.

15.    PERTUKARAN POLISI, SYARAT DAN PERATURAN SYARIKAT

a.    Pihak pengurusan berhak mengubah, meminda dan menukar segala polisi, syarat dan peraturan yang difikirkan perlu dari masa ke masa.

b.    Semua perubahan dan pertukaran polisi ini akan sentiasa dimaklumkan kepada stokis secara bertulis atau menerusi telefon.

16.    MEMBEKAL KEPADA WAKIL JUALAN YANG TIDAK SAH

a.    Pihak stokis dilarang sama sekali untuk membekalkan produk Wonder Glow Cosmetics kepada mana-mana wakil jualan yang tidak bertauliah atau tidak sah tanpa merujuk kepada pihak pengurusan Wonder Glow Cosmetics terlebih dahulu.

b.    Jika pihak stokis enggan mematuhi peraturan tersebut, pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawap atas sebarang masalah yang timbul.

c.    Pihak pengurusan Wonder Glow Cosmetics tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk melucutkan status stokis jika perkara ini berlarutan.

17.    PERLUCUTAN STOKIS

a.    Sekiranya berlaku perlucutan status stokis, pihak pengurusan TIDAK akan membeli balik semua produk Wonder Glow Cosmetics yang ada di premis perniagaan stokis termasuk banner atau sebarang papan tanda Wonder Glow Cosmetics.

b.    Selain dari itu, jika pihak stokis ingin menamatkan atau menutup perniagaan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pihak pengurusan juga TIDAK akan membeli balik semua produk Wonder Glow Cosmetics termasuk banner atau sebarang papan tanda Wonder Glow Cosmetics.